Monday, October 22, 2018

Rahsia Tulang Belakang Patah Bercamtum Semula | Testimoni


Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun. Saya ingin kongsikan #ShakleeEffect saya kepada semua. Sebenarnya saya sebelum ni anti-supllemen tau! Tu lah orang cakap, bila tak sakit memang kita tak cari supplemen-supplemen ni..Bila dah kena sendiri baru rasa kepentingannya. 


Jom ikuti kisah saya..

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya. 

It

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..

.

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni. 

.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah...Menakjubkan!! 

.

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..

.

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

.

Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.  

.

Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya. 

.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

.Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.

Sunday, October 21, 2018

Tips Memasak Kek Sekata Dan Padat

Bagi sesetengah orang yang ingin membuat kek jenis yang berat iaitu kek mentega dan kek buah , ada masalah juga untuk mendapatkan kek yang masak sekata. Kadang-kadang hanya masak ditepi tetapi ditengah masih mentah. Masak dibawah tetapi di atas juga masih mentah. 


Untuk mendapatkan kek yang masak sekata mulakan dengan suhu 180 darjah celcius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah celcius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.

Bagi memastikan kek itu masak,cucuk kek dengan lidi dibahagian tengah kek dan lidi itu harus kelihatan licin apabila di tarik keluar. Jika masih ada adunan melekat di lidi biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit lagi.

Ok tu je tipsnya selamat mencuba.!


Bagi yang baru mengenali kakcik anda boleh lawati facebook , Pages dan vlog kakcik untuk info lain .

Facebook : hafiza zamri acik

Pages : Kita Sihat & YOUTH Skincare

Channel Vlog : Kita Sihat

Selamat berkenalan .

Jika anda ingin dapatkan info lain atau bacaan lain boleh klik link di bawah.

Cara Kurangkan Bacaan Asid Urik Dengan Mudah Dan Selamat

Saturday, October 20, 2018

Cara Memilih Limau Nipis

Pengedar Shaklee Ipoh , Pengedar Shaklee Kulim
Bagi yang suka masak, selalu kedapur ke pasar beli barang mungkinlah bukan satu masalah dalam membeli barang dapur kan. Tahu cara macam mana nak memilih barang yang berkuali dan baik .

So harini dalam entry kali ini di bawah tajuk Petua dapur kakcik kongsikan pada anda  cara memilih limau nipis yang baik. Limau nipis yang baik dipilih ikut berdasarkan kulitnya. Kulit limau yang baik akan berwarna hijau gelap. Kulitnya elok, tidak rosak dan keras. Jangan menekan kulit limau dengan jari kerana kulitnya nipis dan boleh merosakkan limau.

Ok faham kan .lepas nih jangan silap lagi ya.moga tips kali ini bermanfaat buat semua 

Nantikan Tips lain dimasa akan datang .

Bagi yang baru mengenali kakcik anda boleh lawati facebook , Pages dan vlog kakcik untuk info lain .

Facebook : hafiza zamri acik

Pages : Kita Sihat & YOUTH Skincare

Channel Vlog : Kita Sihat

Selamat berkenalan .

Jika anda ingin dapatkan info lain afau bacaan lain boleh klik link2 di bawah

7 Tips Mudah Banyakkan susu badan secara semulajadi.

Tanda-Tanda Carpal Tunnel Syndrom Dan Cara Mengatasinya


Thursday, October 18, 2018

Vivix ®


Minuman Botani yang Lazat
Kod Produk: 10320 (150 mL)

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Keistimewaan Shaklee

Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Nutritional Facts

Saiz Hidangan: 1 sudu teh (5mL)
Hidangan Setiap Bekas: 30




Untuk pembelian terus mengunakan kad kredit/kad debit klik sini : 










* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, October 16, 2018

Punca Sakit Jantung Yang Jarang Kita Ketahui.

Seperti yang kita tahu sakit jantung bukan la perkara luar biasa bagi rakyat malaysia malay ia adalah penyakit yang plaing berisiko dan ia juga digelar " Pembunuh senyap". Dalam istilah perubatan serangan sakit jantung di panggil "Acute Coronary Syndrome" . Tapi perlu la kita semua tahu sakit jantung adalah satu istilah yang umumuntuk mengambarkan sakit oads bahagian dada disebabkan masalah jantung.


Bagi orang awam seperti kita mungkin kita boleh huraikan pada 2 jenis serangan jantung iaitu : 

  1. Serangan sakit jantung yang holeh menyebabkan kematian sel jantung (Myocardial infarction)
  2. Serangann sakit jantung yang tidak menyebabkan kematian sel jantung (Unstable angina)
Baca sini : Tanda Sakit Jantung 

PUNCA SAKIT JANTUNG

Kebanyakkan kes serang sakit jantung yang berlaku adalah disebabkan masalah Atherosclerosis iaitu penebalan saluran darah disebabkan terkumpulnya kolestrol dibahagian  tersebut. 90% daripada dari serangan sakit jantung adalah berasal daripada thrombus iaitu Darah Beku.

Thrombus (Darah Beku) terhasil apabila Atherosclerosis plug pada saluran darah pecah . Atherosclerosis plug merupakan benjolan pada dinding saluran darah disebabkan pengumpalan kolestrol padanya. Apabila terdapat benjolan tersebut tekanan pada saluran darah tersebut akan meningkat. Ia boleh diibaratkan seperti empangan.Akan tetapi empangan tersebut lemah, ia akan pecah dan mendedahkan bahagian lapisan dalam dinding saluran darah.

Apabila Atherosclerosis plug tersebut pecah, secara automatiknya ia mencetuskan mekanisma pembekuan darah. Sama seperti luka. Pendarahan akan tetap berlaku tetapi ia dihentikan dengan pembekuan darah. Jika ia terlalu besar , ia akan menutup saluran darah dan menyebabkan kurangnya bekalan darah dan bahagian terlibat.

Jika kurang darah, maka kurang oksigen yang sampai menyebabkan sel tersebut mati dan inilah yang menyebabkan bahagian sakit dibahagian dada. 

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT SAKIT JANTUNG 

Faktor risiko boleh dibahagiakan pada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh di atasi dan dicegah dan yang tidak boleh diatasi.

  • Faktor yang tidak boleh diatasi

  1. Umur : semakin umur meningkat, semakin berisiko untuk menghadapi serangan sakit jantung.
  2. Jantina : Lelaki
  3. Sejarah keluarga : Adik beradik atau ibubapa yang mengalami serangan jantung akan membuatkan kita berisiko.

  •  Faktor yang boleh diatasi 

  1. Merokok : 
  2. Kolestrol tinggi 
  3. Kencing manis
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Obesiti
  6. Tekanan perasaan
  7. Amalan cara hidup yang tidak sihat
  8. Type A personality
  9. Bacaan Homocysteine yang tinggi

Senarai diatas membawa kepada berlakunya kepada Atherosclerosis sebelum mengalami serangan sakit jantung.

Kajian telah dilakukan dan ia menunjukkan bahawa Atherosclerosis berlaku disebabkan  keradangan ( inflammation) di dalam saluran darah.

Penyakit kencing manis, Obesiti, tekanan perasaan, dan suka merokok mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan radikl bebas yang tinggi dalam saluran darah. Radikal bebas inilah yang menyebabkn keradangan .

PUNCA LAIN BAGI SAKIT JANTUNG YANG MENUNJUKKAN SIMPTOM YANG SAMA

  1. Masalah gastrik
  2. Acute Cholecystitis ( keradangan pundi hempedu)
  3. Acute Pericarditis
  4. Masalah kebimbangan (Anxiety Disorder)
  5. Pneumothorax
  6. Jangkitan paru- paru
  7. Pulmonary embolism
  8. Hipertiroid

KAEDAH UNTUK MENGESAN PUNCA MASALAH SAKIT JANTUNG

  1. Electrocardiogram
  2. Pengambilan Sampel darah
  3. X-ray
  4. Angiografi

(Akan kakcik terangkan di lain entry ya)

Punca sakit jantung nih harus lah kita pantau kerana punca-puncanya adalah disebabkan dari amalan kehidupan seharian kita melainkan punca yang tidak boleh diubah seperti umur, jantina dan keturunan. Oleh itu pastika  kita menjaga jantung kita setiap hari dengan amalkan gaya hidup sihat . Selain itu jantung kita Khasiat dan nutrisi yang cukup untuk kekalkan jantung yang sihat .

Jika anda nak tahu bagaimana untuk menjaga jantung untuk kekal sihat anda boleh menghubungi kakcik ya .

Kakcik ada tips yang bagus untuk bagaimana anda menjaga jantung anda dengan baik dan sihat dan juga dapat mengatasi semua punca-punca sakit jantung yang disenaraikan .


Nurhafizah Zamri

ID : 1188628

Call/whatsApp : 0164459690

Facebook : Hafiza Zamri Acik

Pages : kitasihat




Monday, October 15, 2018

19 Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Kita Ketahui

Cara mengatasi serangan jantung ,Pengedar Shaklee Kulim, Pengedar Shaklee Ipoh , Pengedar Vivix Shaklee
Sakit jantung sudah terlalu sinonim dengan rakyat malaysia. Sakit jantung adalah antara 10 penyakit yang paling bahaya di Malaysia dan ia adalah disenarai paling atas sekali berbanding penyakit lain.
Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung. Biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat.

Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.


Oleh itu anda seharusnya mengetahui apakah tanda-tanda lain bagi sakit jantung selain  mengalami sakit dada atau sesak nafas kerana sakit jantung boleh menjadi penentu antara hidup dan mati.





Sunday, October 14, 2018

5 Tanda Anda Kekurangan Kalsium

Selalu ada saja  yang mengeluh sakit gigi selepas bersalin, tangan dan kaki kerap kebas. Itu merupakan tanda-tanda anda kekurangan kalsium tau. Tapi bagi orang biasa yang tidak hamil apakah tanda-tandanya.Disini saya kongsikan pada anda tanda-tanda badan kita kekurangan kalsium dan seharusnya kita memastikan kalsium di dalam badan kita cukup bermula sejak dari muda lagi.


Thursday, October 11, 2018

Cara kurangkan Asid Urik Dalam Badan Dengan Cepat

Assalamualaikom , Mesti ramai yang nak tahu bagaimana cara kurangkan asid urik dalam badankan.Entry hari ini saya akan bercerita serba sedikit mengenai penyakit Gout dan juga cara kurangkan asid urik didalam badan yang menyebabkan gout dengan cepat dan selamat.

                               cara merawat sakit gout , Pengedar shaklee kulim, Pengedar shaklee Ipoh, Tanda-tanda sakit gout

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. 

Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.

Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.

Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam. 

Hablur ni lah yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.

Gout terbahagi kepada 4

1) asimptomatik
2) akut simptom gout
3) interkritikal
4) tofus

Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi pruine boleh mencetuskan kesakitan 
.

Pemecahan purine dalam makanan ni lah yang menyebabkan kesakitan terjadi kerana purine ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak dan ketika tisu koyak.
.

Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit Gout .

Kaedah untuk mengatasi masalah asid urik tinggi ini. 

Antaranya;

<3 Mengamalkan diet rendah purine. 

<3 Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis

<3 Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik

<3 Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik

<3 Kawal berat badan 

<3 Bersenam

<3 Amalkan supplement 

Disini saya memperkenalkan Set Turunkan Bacaan Asid Urik yang terdapat 4 jenis supplement yang mampu bertindak sebagai pembantu untuk turunkan bacaan asid urik .cara-cara turunkan bacaan asid urik, Pengedar shaklee kulim, Pengedar shaklee Ipoh , Pengedar shaklee batu gajah, pengedar shaklee lunas kedah



1) Vivix
.
          Cara merawat gout dengan vivix, Pengedar shaklee kulim, Pengedar shaklee ipoh, Pengedar Shaklee batu gajah, Pengedar shaklee simpang pulai



Vivix mengandungi kandungan RESVERATROL yang tinggi di mana kajian di Harvard University mendapati bahawa kandungan resveratrol yang ada dalam grapes dan japanese knotweed merupakan ANTIOKSIDAN TERBAIK MEMBANTU MENURUNKAN PARAS ASID URIK DALAM BADAN!! Di mana kedua bahan ini adalah antara komponen utama VIVIX yang utama .

 Pengedar shaklee kulim, Pengedar shaklee Ipoh , Agen shaklee kulim , stokis shaklee kulim


2) Omega guard - untuk elak berlaku inflamation pd sendi sendi pesakit. Dan langkah berjaga-jaga sebelum  bengkak menjadi lebih teruk.




3) Alfalfa berfungsi menyingkirkan toksin di dalam badan secara lembut dan memerlukan air yang secukupnya untuk proses detox.




4) Performance drink berfungsi untuk memastikan tubuh badan cukup dengan kandungan air dan elakkan dari badan terhidrat .


Apalagi, takkan nak menderita sakit kaki sampai bertongkat di masa muda disebabkan masalah gout kan? Jom turunkan bacaan asid urik anda dahulu .


Nak turunkan bacaan  asid urik ? Anda  boleh hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan harga terbaik dan juga konsultasi percuma atau boleh klik gambar dibawah untuk pembelian terus 

                           
ubat rawat gout
Nurhafizah zamri | 0164459690
Page | KitaSihat
Instagram | Shakleekulim_kakcik
COD | KULIM | IPOH | SIMPANG PULAI



Friday, October 5, 2018

Cara Merawat Senggugut Dengan Cepat Dan Selamat

Secara amnya,9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Alhamdulillah selama 30 tahun ini saya belum lagi pernah mengalaminya . Akan tetapi kesakitanya sering saya lihat berlaku pada orang disekeliling saya .Kesakitan akibat haid berlaku apabila otot-otot pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. 

Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. Kesakitan yang dirasai biasanya ialah kejang di bahagian bawah abdomen. Ia mungkin juga akan mengakibatkan sakit belakang atau sakit pada bahagian atas celah peha. Kekejangan akan berlaku selama 2-3 hari atau bermula sebelum datang bulan (petanda datang bulan). Selalunya, kesakitan paling terasa ialah pada hari pertama.


Senaman boleh mengurangkan rasa sakit, tidak kisah sama ada berjalan atau senaman memanaskan badan. Anda juga boleh menenangkan otot dengan mandi air panas atau memeluk botol air panas. Ia akan membuatkan anda sedikit lega dan selesa.





Bagi yang mengalaminya mungkin anda boleh teruskan membaca kisah dibawah untuk mengetahu cara wanita ini iaitu Puan Hasmimie  Arifin bagaimana beliau merawat senggugut beliau dengan cara yang cepat.


Assalamualaikum. Saya hasmimie Arifin saya nak kongsikan kisah mcmne saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidak nya. Doc yang merawat tu lelaki sampai 1 tahap bila datang klinik doc cakap ye mimie,period paint ya...doc pun dh kenal..aduhh..merah muka. 
Bile diserang senggugut memang tahap berguling,tido merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tau macamana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office mmg nak jalan pun pegang dinding membongkok2 macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..

       
Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promot si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia,Adik,elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok2 dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby,baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so darimana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?


Itu lah yang jadi reput gigi,reput tulang sbb baby dh tarik kalsium adik. Lagi 1 adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan & naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la. 

Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol siputih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi. 


Menunggu2 jugak kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dh takde sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan 1 lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut & lebih mudah dikeluarkan.



Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri. 

Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang sengugut yang sampai tahap bergulung-gulung mcm tikar mengkuang 😅😅😅. Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya 😘😘


Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut,Sakit2 Badan & Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia.



Andakah anda mengalami masalah senggugut yang sama seperti Puan Hasmimie? .

Adakah anda ingin merawat senggugut anda dengan cepat? 


Ya , sudah tentu ada boleh iaitu mengamalkan supplement Ostematrix dan juga GLA Complex seperti Puan Hasmimie.



Pastinya anda akan sangat berpuas hati .



Anda boleh terus menghubungi saya di talian seperti dibawah: 



Nurhafizah zamri 

Call / whats'App : 0164459690
Facebook : Hafiza Zamri Acik
Pages : Kitasihat


Atau belian terus melalui kad kredit / debit dengan klik gambar dibawah .




Wednesday, September 26, 2018

Petua Mudah Cantik Dari Dalam

Untuk cantik , kita perlu pastikan ianya cantik dari luar dan dalam tapi kebanyakkan dari kita selalu berfikir untuk cantik hanya lah menitik beratkan luaran sahaja . Bersungguh- sungguh mencari produk skincare yang terbaik untuk kulit muka tapi sedarkah anda kulit yang cantik dan sihat perlu dijaga dari luar dan dalam baru lah ianya akan mendapatkan keputusan yang terbaik.


Untuk mendapatkan kulit muka cantik berseri kita perlu pastikan kulit mendapat nutrien yang cukup untuk ia kekal sihat dan cantik .

Hari ini saya kongsikan pada anda nutrien yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang cantik, berseri dan sihat 

Antaranya ialah : 

A) Protein - ESP Powder

B) Vitamin C - SR Vitamin C

C) Collagen - Collagen Powder

D) Asid Lemak - GLA Complex

E) Coq10 - Coq-Trol

Bagaimana untuk mendapatkan nutrien yang berkuali didalam senarai diatas?  

Semua nutrien ini terdapat didalam Set Radiant 5 Shaklee .



ESP - Membina sel kulit 

ESP ni best sebab dia ada protien lengkap. Protien ni sangat penting untuk membantu membina sel-sel badan & kulit yang sihat. So secara tak langsung kulit menjadi lebih sihat, berseri, cerah dan glowing.

Sebab tu yang ada masalah parut, bekas jerawat or strechmark boleh cepat pudar bila konsisten amalkan protien ESP.

Kelebihan ESP; 

- Membekal asid amino penting yang badan kita tak boleh hasil untuk fungsi untuk kulit dan badan yang optimum

- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat

- Untuk pemulihan dan pembaikan sel dan tisu kulit

- Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit

- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindung sel-sel kulit dari rosak akibat cahaya matahari.

Vitamin C - Melindungi Kulit

Vitamin C tinggi antioksidan sangat bagus untuk kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. 

Tapi tubuh tak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Sebab itu kita mesti megambil makanan kaya sumber vitamin C dan juga suplemen vitamin C. 

Salah satunya suplemen vitamin C dari Shaklee. Saya juga penguna setia vitamin C shaklee


Kebaikan vitamin C Shaklee untuk kecantikan kulit 

- Menggalak penghasilan kolagen dan regenerasi kulit

- Melindung kulit dari sinaran UV matahari yang boleh merosakkan kulit. Contohnya kulit kusam, sensitif, mudah jadi kemerahan, dan risiko jeragat. 

- Bagi yang ada jerawat vitamin c ni ibarat bff korang. Dia boleh prevent jerawat dan jerawat jadi cepat kecut if ada naik. 

- Mengurangkan kedutan

- Melegakan kulit kering dan kasar


Collagen Powder - Menegangkan Kulit

Kolagen penting untuk kulit. Kolagen berupaya mengekalkan kulit anjal dan menghalang kulit daripada berkedut, berparut dan kendur. 

Bagusnya badan kita boleh hasil sendiri kolagen!

Tapi bila makin berumur level kolagen dalam badan makin kurang. So kulit berisiko untuk jadi kedutan, pigmentasi dan mendapat tanda penuaan lebih cepat dari usia.

Bagi yang ada parut atau liang roma yang besar tu Gee rekomen amik suplemen kolagen. Boleh amalkan Collagen Powder Shaklee untuk dapat balik kulit yang sihat muda!

Kelebihan Collagen Powder Shaklee; 

- menggunakan kolagen TULEN dan bermutu tinggi dari Red Snipper Scale yang hidup kat laut dalam

- berat molekular dalam 1000 Dalton, sangat rendah & ini buatkan dia sangat mudah diserap tubuh

- juga ada 7 ramuan lain yang membuat kolagen Shaklee lagi hebat iaitu ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B. 


GLA Complex - Melembabkan 

Kulit yang sihat juga perlukan asid lemak terutama asid gamma linolenic,GLA.

GLA penting untuk bmembantu kekalkan kelembapan kulit, melawan keradangan, kurangkan garal dan kulit bersisik. 


Coq-Trol - Memberi tenaga pada sel dibina semula

meningkatkan kandungan epidermal lapisan permukaan kulit dan lapisan dalaman epidermis dan membaiki pontensi antioksidaan kulit.

Kebaikan Coq10

1. Kulit lebih tegang dan kurang kedutan
2. Kulit lebih halus
3. Mengekalkan Keanjalan kulit
4. Kulit kelihatan lebih muda dan sihat

Diatas adalah antara kelebihan dan kebaikan setiap satu produk nutrien yang ada di dalam Set Radiant 5 Shaklee .

Anda pasti akan mendapatkan hasil yang terbaik jika bijak menjaga kecantikan dari luar dan dalam . Pasti akan berseri setiap hari .

Jangan tunggu lagi .

Dapatkan Set Radiant 5 dengan segera daripada saya : 

Nurhafizah zamri 
Call/whatsApp : 0164459690
Fb : Hafiza Zamri Acik



Tuesday, September 25, 2018

Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Tentu lah pernahkan,jenuh pulak memikirkan apa la yang diorang buat sampai cantik macam tu. Kadang- kadang otak jahat fikir mesti operate ni..

Mereka ni selalu je memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik, berseri dan juga menawan. 

Oleh sebab soalan yang sama berlegar- legar dalam kepala saya, so saya pon cari la apa rahsia mereka selain memakai skincare yang bagus . Cari- cari punya cari tah lah jawapannya ..

Ya, jawapannya ialah kulit kita perlukkan nutrien yang cukup dah yang terbaik selain skincare yang bagus. Skincare untuk luar je tau, nutrien adalah penjagaan untuk dalam, sangat penting nih.
Di bawah saya kons
Gsikan nutrien-nutrien yangdi perlukan oleh kulit muka kita untuk kelihatan cantik berseri . Ada 4 jenis protien yang oerly kita ambil untuk menjaga kesihatan kulit kita iaitu : 

Protein yang sihat untuk membina kulit yang sihat dan cantik

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia: 
• Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum. 
• Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
• Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit. 
• Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
• Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
Protien yang bagus ialah protien daripada tumbuhan ya.

Yang kedua : 

Perlindungan Antioksidaan dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. 


Walaubagaimanapun, 
badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :


• Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
• Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
• Membantu dalam penyembuhan luka.
• Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.
Perlu tau vitamin c setiap hari, siapa rasa badan dia dah cukup vitamin c ,beliau sama sekali silap, kan dah tulis diatas tadi badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin c, jika anda yang masih berfikir macam tu maksudnya anda ialah seekor Arnab.Hmmm

Yang ke3

Tingkatkan keanjalan dengan Kolagen 

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

• Kulit yang lebih anjal.
• Mengurangkan kedutan
• Kulit yang lebih anjal.
• Mengurangkan parut.

 Dan yang terakhir


Kekalkan kelembabpan dengan GLA COMPLEX

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini 
berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga: 
• Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
• Mengekalkan kelembapan kulit.
• Melawan keradangan.

4 Jenis nutrien amat penting dan bagus bagi mereka yang amat menjaga kesihatan kulit untuk lebih cantik dan berseri. Pastikan anda mendapatkan nutrien yang cukup ya.

Untuk info lanjut mengenai Bagaimana mendapatkan 4 jenis nutrien nih secara semula jadi anda boleh menghubungi saya seperti nombor dibawah :


Nurhafizah zamri
Id : 1188628
WhatApp/call : 0164459690



Thursday, September 20, 2018

Sembelit Dan Masalah Buang Air Besar Tiada lagi


Masalah buang air besar dan sembelit boleh menyebabkan ia menganggu kerja harian dan aktiviti kita setiap hari.Kulit mudah kusam akibat toksin didalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna. 


     


Malahberat badan juga akan makin naik tanpa ada sebarang perubahan walaupun sedang berdiet.

Sembelit dan masalah penghadaman boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat dan ia boleh 

menyebabkan buasir terjadi akibat dari terlalu kerap meneran dan menahan dari membuang air besar. 
Jika terus dibiarkan masalah ini, ia boleh mengakibatkan badan kita tidak sihat dan kulit wajah kita pun kusam, tua dari usia sebenar kita dan kita boleh mengidap KANSER USUS.
Alhamdulillah itulah yang saya alami sebelum kenal set vitamin Shaklee ini. Pada mulanya saya mengambil set menyusu asas yang terdiri dari alfalfa, lecithin dan Ostematrik. Alhamdulillah susu badan kembali meriah time tu dan yang paling menggembirakan saya ialah masalah sukar buang air besar dan kerap sembelit saya telah dapat diatasi.
Kalau ingatkan dahulu 2 kali seminggu atau 3 atau 4 hari sekali adalah rutin biasa saya dapat membuang. Dan dah tentulah ia sangat menyakitkan.
Pada mulanya saya menyangkakan adalah perkara biasa sebab badan saya baru kenal vitamin ni, mungkin tindak balas dari vitamin saja yang menyebabkan ia memudahkan pelawasan. Tapi sangkaan saya meleset. Masalah sukar buang besar dan sembelit saya terus hilang malah saya kini konsisten dapat membuang air besar 1 atau 2 kali sehari. Alhamdulillah.
.
Bila saya kongsikan kegembiraan saya ini dengan upline saya iaitu ummi mai md saupi. Barulah saya tahu Ostematriklah yang banyak membantu masalah saya ini. 

Ostematrik Shaklee ini ialah supplement kalsium yang lengkap dengan pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia mengandungi mineral magnesium,fosforus,vitamin D, zink , kuprum, manganes dan boron. 

Jadi terbukti Ostematik Shaklee bukan sekadar kalsium biasa.. Dan baru saya tahu jika ingin memilih pil kalsium pastikan pil kalsium yang kita pilih ada vitamin D agar ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan tubuh kita dengan baik.

Alhamdulillah setelah konsisten mengambil set vitamin ini, apa yang menggembirakan hati saya selain masalah buang air besar dan sembelit dapat diatasi, berat badan saya juga kembali turun dan bmi saya kini stabil.

Kulit saya kini juga tidak kusam lagi malah sakit lutut yang saya alami kecederaan dizaman sekolah dulu kini tidak sakit lagi... Alhamdulillah.

Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah seperti saya dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini. Alhamdulillah.
.
Dengan mengamalkan vitamin dengan konsisten, saya kini lebih sihat ,cergas dan gembira menjalani kehidupan harian saya.

Terima kasih Shaklee..

Anda mempunyai masalah sembelit yang sama dengan puan Hartini?
Ya anda boleh merawatnya dengan Set Sembelit Shaklee .
Jika anda ingin dapatkan vitamin dan Konsultasi percuma seumur hidup dan cara makan vitamin yang betul anda boleh menghubungi saya di talian  : 

Nurhafizah zamri
Call/ whatsApp : 0164459690

Wednesday, September 19, 2018

Ketahui Rahsia Osteoarthritis Sembuh Setelah Sekian Lama


Apa korang rasa bila ayah korang yang dah 16 tahun menghidap Osteoathrithis, dulu siap kena usung nak ke klinik dan hospital. Dulu kalau gerakkan kaki bunyi berkeriuk macam engsel pintu berkarat, berjalan siap keluar bunyi macam tulang berlaga.

Set Osteoarthritis shaklee


Ayah memang dah wajib operate masukkan besi dekat left hip joint, tapi sebab kerenah birokrasi, doktor batalkan balik operation. Dari boleh bawak motor, sekarang tak boleh langsung, dari bawak kereta manual kena tukar kereta auto. Dulu nak angkat kaki pun susah. Guna tongkat pun jalan slow-slow je. Dalam rumah guna kerusi roda.
.

Tapi, sejak kebelakangan ini, ayah dah boleh berjalan tanpa tongkat, walaupun jarak tak berapa jauh. Boleh dukung cucu dari dalam rumah bawak ke kereta di luar rumah dan malam ini pergi makan kat Mydin Mall, ayah lupa nak bawak tongkat tapi Alhamdulillah ayah boleh jalan macam biasa dari parking ke tempat makan.



Satu je Cik Laa nak cakap,
ALHAMDULILLAH. Rasa sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah, 3 tahun konsisten Vivix, ini hasilnya. Syukur sangat-sangat sebab tu kalau korang menyampah bila Cik Laa share pasal Shaklee, Cik Laa tak kisah sebab korang tak rasa apa yang Cik Laa rasa. Rasa syukur sangat-sangat. Allahuakhbar, sungguh besar nikmatMu ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana.
.

Korang doa lah semoga Cik Laa terus berjaya dgn Shaklee. Dapat supply Vivix untuk ayah dan mak setiap bulan. Doakan Cik Laa ye. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian. Amin..

Seronokan, bila kita dah kembali sihat . Alhamdulillah  syukur ..

Jika anda atau mempunyai keluarga yang mempunyai masalah Osteoarthritis seperti ayah cik la anda boleh mencuba set Osteoarthritis ini dengan menghubungi saya di talian di bawah

Nurhafizah Zamri
Call/ whatsApp : 0164459690


Tuesday, September 18, 2018

Awas! 5 Penyakit Yang Berkait Rapat Dengan Menopause | Ia Harus Di Rawati

Apakah maksud Menopause?

Adakah menopouse itu satu proses akibat perjalanan usia atau satu proses biologi yang melanda tubuh kita?


Set vitamin warga tua , vitamin menopouse ,ubat menopuse, pengedar shaklee kulim ,pengedar shaklee ipoh,
Apabila seseorang meningkat usia pelbagai perubahan terjadi kepada tubuh kita justeru menopause boleh dianggap satu penyakit yang mengganggu mental fizikal biokimia dan emosi misteri Menopause dirungkai oleh pengkaji-pengkaji . 

Menurut pengkaji DNA apabila enzim telomorase yang merangsang replikasi sel berkurangan maka seseorang akan menjadi cepat tua proses tua dikatakan berlaku apabila seseorang itu mempunyai enzim telomerase yang rendah. Tanpa enzim ini dia ni tidak dapat dibentuk kehilangan DNA menjadikan kita tua.

Kesan menopause juga membuatkan mereka mudah mendapat penyakit sendi serta sukar bergerak pantas. Pandangan mata menjadi kabur dan pendengaran menjadi sukar tulang juga akan mengecil dan gigi juga turut gugur. Mereka menjadi tua sebelum waktunya. 

Menopouse turut memberi kesan kepada daya ingatan dan kecergasan tubuh penyakit seperti Alzhemier dan Nyanyuk antara penyakit yang amat menyukarkan kehidupan apabila semakin tua maka kecenderungan untuk lupa semakin menjadi-jadi.

Masalah kemurungan atau stress juga antara faktor yang menjejaskan kualiti hidup seseorang yang mengalami menopause. Mereka mudah merajuk dan berasa tersinggung meskipun disebabkan hal-hal yang kecil sahaja keadaan ini menjejaskan hubungan mesra dengan ahli keluarga yang lain.

Penyakit kronik juga mudah menyerang orang-orang yang berusia masalah kencing manis, darah tinggi,sakit jantung serta kanser adalah penyakit yang sering melanda orang-orang berusia.

Justeru itu menopause ialah masalah Global yang harus ditangani dan dirawati.Malah pakar anti penuaan merasakan tua ialah satu penyakit yang harus ditangani sebelum ia meragut nyawa.

Kaedah anti-aging mampu mengatasi masalah ini dengan membekalkan tubuh segala nutrisi dan keperluan yang diperlukan agar ia dapat masuk ke sel dan membaiki fungsi hormon dan enzim dalam tubuh.

Apabila tubuh mempunyai enzim dan hormon yang berkualiti maka ia akan menjadi lebih cergas dan berfungsi dengan lebih baik dengan kata lain tubuh akan menjadi muda semula.

Dalam perubatan ini menopouse dapat dielakkan terjadi dengan cepat. Selain itu,ciri-ciri menopause yang terjadi Cuba dipadankan dengan mengubah komposisi tubuh badan menjadi lebih baik lagi.

Penyakit Berkait Rapat Dengan Menopause.

Masalah Sakit Jantung

Semua golongan yang berusia mempunyai jantung lemah. Apabila lelaki mula mengalami masalah sakit jantung koronari ia sebenarnya sudah mengalami simptom Menopause. Ini berlaku kerana saluran koronari jantung menjadi sempit serum kolestrol meningkat dan peningkatan tekanan darah.

Obesiti Dan Diabetis

Apabila proses penuaan berlaku jisim otot semakin berkurangan dan lemak semakin bertambah.Ia akan menjadi badan seseorang menjadi kurang sasa dan kelihatan gemuk.Sensitiviti kepada insulin juga berkurangan menyebabkan gula di dalam darah meningkat.

Masalah seksual dan Alat Reproduktif

Nafsu seks juga semakin berkurangan.Tiada Lagi Ereksi pada waktu pagi. Lelaki mula mengalami masalah prostat seperti susah buang air kecil dan jangkitan kuman pada pundi kencing. Saiz alat kelamin juga mengecil dan tahap kesuburan semakin berkurangan.

Osteoporosis

Tulang menjadi lebih nipis dan rapuh untuk menjadi lebih kecil dan lemah serta kulit akan menjadi lebih kering.

Mood Tidak Stabil Dan Pelupa

Keadaan ini menyebabkan mereka cepat murung dan marah pemikiran juga semakin lemah menjadi Cepat lupa dan cepat Resah Mereka lebih sensitif dan juga cepat merajuk.Tidak hairan lah ada ibu bapa yang merajuk dengan anak-anak, so anak-anak layan kan jela .hehe ..


Ok Moga semua bermanfaat .

Monday, September 17, 2018

Kuiz : Semak adakah anak anda cukup vitamin & nutrien?

Hai semua ibu-ibu ayah-ayah semua. 

Macam kita tahu Si Manja yang cerewet dan memilih makanan menang akan membuat kita sebagai ibu bapa risaukan. bimbang tubuh kecil itu kekurangan vitamin dan mineral untuk tumbesarannya.

Okey oleh itu , saya juga sebagai ibu inhin kongsikan kuiz pada anda semua untuk semak adakah anak-anak anda cukup vitamin dan nutrisi .

Cuba jawab kuiz yang disediakan ini untuk mengetahui tahap pengetahuan anda dan penyelesaian yang boleh dilakukan 

1. Terdapat beberapa jenis sayuran yang lebih baik untuk si manja.

O - Betul 

O - Salah

Jawapannya : Betul 

-  Anda perlu tahu bahawa sayur-sayuran yang berwarna terang mempunyai lebih banyak nutrien.

- Sediakan buah-buahan dengan mencampurkan beberapa jenis supaya zat yang diserap lebih seimbang 


2. Yang mana satu yang mengandungi kalsium yang lebih tinggi?

O - Buah pic 

O - Badam

O - Tomato

Jawapannya : Badam

- Sumber kalsium tidak terhad kepada produk tenusu sahaja. Tidak mengapa jika anak- anak tidak menyukai susu kerana mereka boleh mendapatkan sumber kalsium daripada Badam, Kacang Putih, Kacang Merah dan Jus Oren.


3. Sarapan yang manakah yang memberikan lebih banyak tenaga untuk si manja? 

0 - Bijirin penuh dan buah-buahan

0 - Telur hancur bersama-sama sayuran

0 - Nasi lemak telur mata


Jawapannya : Telur hancur bersama sayuran 

- Telur adalah protein yang memberikan tenaga pada si manja bertahan lama.

- Pelbagaikan sajian telur si manja supaya mereka tidak bosan .( Kita sendiri pon mungkin akan bosan kan ..kikiki)

4. Jika anak saya cerewet memilih makanan, adakah dia akan berhadapan dengan bermasalah kekurangan vitamin? 

O - Ya 

O - Tidak

Jawapannya : Tidak

- Si manja hanya memerlukan amaun yang sedikit sahaja untuk mendapatkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukannya. Keadaan masih lagi terkawal jika keadaan ini tidak keterlaluan setiap hari. 

-  Jika si manja anda terlalu cerewat ,anda boleh berikannya Multivitamin. Dapatkan nasihat pakar sebelum memberikan sebarang suplemen.

5 . Bagaimana anda memberikannya dan mendapatkan Zat Besi buat si manja ?

O - Meletakan potongan tomato di dalam sandwichnya

O - Menghadkan pengambilan susu

O - Dua-dua di atas 

Jawapannya : Dua-dua di atas 

- Zat besi penting untuk penghasilan sel darah merah dan membekalkan oksigen kepada tisu dan organ badan 

- Daging merah, Ikan laut sejuk, telur, sn buah-buahan kering adalah punca zat besi. Berikan mereka bersama vitamin C seperti Brokoli, Tomato, dan Strawberi untuk bantu penyerapan zat besi.


Skor Anda 


4-5 untuk jawapan yang Betul

Tahniah ! Anda tahu keperluan nutrien yang anak anda perlukan dari A-Z


2-3 untuk jawapan yang Betul

OK. Anda tahu apa itu diet untuk anak anda .


1 untuk jawapan yang Betul atau jawapan Salah

Sila ambil perhatian !

Anda perlu lebih banyak mengambil tahu apakah nutrien yang telah anda berikan kepada anak anda .


Semoga bermanfaat untuk semua ya .saya juga masih lagi belajar dan terus belajar demi anak-anak yang diamanahkan .


Sunday, September 16, 2018

5 faktor ketakutan wanita ketika di luar rumah.

Di dalam dunia ini apa jua yang boleh berlaku saat kita melangkah keluar dari rumah bermacam-macam yang kita fikirkan yang pasti wanita seperti saya , anda juga tidak terkecuali dari memikirkan banyak perkara yang cukup ditakuti terutama sekali apabila berada di luar rumah apa yang mereka takutkan sehingga sampai berfikir dua sehingga tiga kali ini lelaki patut tahu.



ApakahFaktornya?


1. Risau diri di pandang jelik
 

Ini merupakan faktor ketakutan utama apabila wanita keluar dari rumah. Penampilan diri menjadi keutamaan.Wanita sangat pantang apabila diajak keluar tanpa diberitahu dua atau tiga jam lebih awal, Ye lah Mesti nak keluar nak cantik-cantikkan. Tak kan  nak serabut ja.

Sebaiknya sesetengah wanita memerlukan hampir 3 jam untuk bersolek dan berdandan. Jika terdapat cela apabila berada di tempat yang dipenuhi oleh orang awam sebaiknya wanita akan cuba lekas balik ke rumah.

Hihi segan la tu.

2. Tas Tangan Diragut

Berikutan banyak kes ragut yang berlaku sejak akhir-akhir ini, ia juga menjadi faktor wanita berfikir dua kali jika ingin keluar dari rumah. Tambahan pula, jika banyak barang yang berharga diletakkan di dalam tas tangan tersebut. Contohnya macam barang-barang peribadi telefon bimbit , beg duit , kad bank dan sebagainya .


3. Diekori dan di culik

Berikutan dengan diri mereka yang cukup sensitif dengan persekitaran,wanita juga sering dihimpit kerisauan masa keluar bersukaria di luar.

Wanita paling risau diri mereka diintai malah diekori. Tambahan pula, kes penculikkan wanita tidak pernah sepi dari menghiasai dada-dada akhbar. Jika keluar seorang diri pula wanita memang akan lebih berhati-hati. Dan yang pasti, kalau boleh mereka nih sentiasa ingin ditemani .

4. Bau badan 

Ini antara faktor ketakutan yang paling biasa, normalkan. Mesti la takot bila keluar badan bau busuk sebatu pon orang boleh bau tau . Wanita ini sering dianggap antara yang bijak menjaga penampilan dan bau badan, namun ada masanya wanita juga akan turut terleka sehingga tidak menyedari bau badan mereka yang ada kalanya lebih busuk daripada lelaki. Paling wanita takot adalah jika bau badan mereka keluar dari alat sulit mereka . Oppsss !!


5. Datang bulan tiba-tiba

Aduhhh, yang nih juga adalah faktor ketakutan wanita apabila berada diluar bersama-sama teman. Jika kawan perempuan saja ia mungkin boleh dikawal lagi akan tetapi jika keluar bersama teman lelaki atau sahabat-sahabat yang ada lelaki mungkin boleh membuatkan mereka malu tidak terhingga jika datang bulan secara tiba- tiba bocor.

Ketika sedang bergembira tanpa semena-mena seluar dalam mereka bocor. Bila dilihat balikbaru sedar ada peta dunia sudah kelihatan . 

Dengan rasa tidak selesa , malah kesakitan yang tidak putus,pasti wanita tersebut akan terus merasa ingin pulang ke rumah dan ia sebenarnya tiada lagi keseronokkan .

Jika anda membaca penulisan saya hari ini dan anda adalah seorang lelaki, amda perlu faham dan mengetahui situasi ini. Sorry la jika anda tidak peka isteri atau teman wanita anda mungkin akan murung untuk beberapa ketika .kikiki .

Jika anda seorang wanita pula, jangan terlalu memgikut perasan dengan antara faktor diatas , kita boleh mengatasinya dan part takut diculik itu anda perlu lah lebih berhati-hati .

Moga bermanfaat ya 


Love 

Kakcik hafizah